Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM hentikan kerja-kerja menyelam syarikat yang menggajikan Jake Seet

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan hari ini (8 Mei) bahawa ia sudahpun mengarah Mola Subsea Services - syarikat yang menggajikan penyelam komersil Jake Seet untuk melakukan kerja-kerja dalam air sebelum beliau hilang - untuk menghentikan kesemua kerja-kerja menyelam.

Anggaran Waktu Membaca:
MOM hentikan kerja-kerja menyelam syarikat yang menggajikan Jake Seet

Penyelam Singapura yang hilang Encik Jake Seet Choon Heng (tiga dari kanan). (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 08 May 2018 10:38PM Dikemas Kini : 08 May 2018 10:39PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan hari ini (8 Mei) bahawa ia sudahpun mengarah Mola Subsea Services - syarikat yang menggajikan penyelam komersil Jake Seet untuk melakukan kerja-kerja dalam air sebelum beliau hilang - untuk menghentikan kesemua kerja-kerja menyelam.

Mayat Encik Seet ditemui di laut berdekatan Sentosa malam semalam (7 Mei), dua hari selepas beliau dilaporkan hilang.

Seorang jurucakap dari kementerian itu menyatakan bahawa ia sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu.

Encik Seet, 33 tahun, hilang semasa melakukan operasi menyelam untuk kapal Jork di Western Anchorage berdekatan Sentosa, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) Ahad lalu (6 Mei).

Beliau sedang membersihkan badan kapal bersama seorang lagi penyelam sebelum hilang, menurut MOM hari ini.

"Mola Subsea Services Pte Ltd yang menjalankan operasi menyelam itu dan kesemua kerja-kerja menyelam sudahpun dihentikan," kata jurucakap MOM itu.

Pihak polis pula sedang menyiasat kematian luar biasa itu.

Encik Seet meninggalkan dua anak lelaki berusia enam dan tiga tahun serta seorang isteri yang bakal melahirkan anak ketiganya, seorang perempuan, bulan depan, menurut saudara perempuannya. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan