Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM bangunkan garis panduan tempat rehat pekerja bergaji rendah

Menjelang hujung tahun ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan membangunkan garis panduan bagi syarikat-syarikat untuk menyediakan kawasan rehat yang sesuai untuk para pekerja berpendapatan rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2019 06:43PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 10:25PM

SINGAPURA: Menjelang hujung tahun ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan membangunkan garis panduan bagi syarikat-syarikat untuk menyediakan kawasan rehat yang sesuai untuk para pekerja berpendapatan rendah seperti pembersih, pengawal keselamatan dan pekerja pelandskapan.

Kementerian tersebut sudah mula mengumpulkan maklum balas pada awal bulan April dengan menemu bual para pekerja dan majikan-majikan untuk mengetahui tempat serta bagaimana para pekerja pembersihan berehat.

Sejak itu, para pemeriksa MOM melawat 20 daripada 200 tapak yang diunjurkan termasuk tempat-tempat seperti pusat makanan, pusat beli-belah dan bangunan komersil.

"Meskipun pemilik bangunan mungkin menyediakan ruang di dalam bangunan mereka sebagai bilik simpanan dan kawasan rehat untuk para pekerja pembersihan, keadaan tempat rehat ini jauh berbeza," kata Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad pada Selasa (16 Apr) di seminar pelan kerja tahunan MOM.

Sekarang ini, kawasan rehat meliputi tempat-tempat rehat sementara termasuk di tangga, kawasan awam terbuka serta bilik-bilik simpanan yang berselerak dan kurang pengalihan udara.

Anggota Parlimen Buruh Zainal Sapari, yang menyokong penyediaan tempat rehat bersesuaian untuk para pekerja semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan, berkata ramai pekerja berasa tidak selesa berehat di kawasan terbuka kerana takut dituduh curi tulang.

"Saya rasa kita perlu juga memahami, dalam kita mempromosikan hal ini, apa yang praktikal, apa di antara perkara yang paling dihargai para pekerja bergaji rendah serta pekerja-pekerja penyumberan luar?" kata Encik Zaqy.

MOM sedang menjalankan tinjauan yang akan membantu para majikan memahami keperluan para pekerja sedang ia memaklumkan garis panduan kementerian kepada mereka.

Selain tempat berehat, para pembersih berkata mereka berharap dapat disediakan dengan lokar, kipas serta dispenser air.

Sebagai permulaan, Pusat-Pusat Penjaja Perusahaan Sosial (SEHC) dan sekolah-sekolah sudahpun menyediakan tempat rehat buat para pembersih, kata Encik Zaqy.

Di SEHC, bilik pembersih disediakan di kesemua tujuh pusat penjaja. Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga komited untuk menyediakan bilik tersebut untuk semua pusat penjaja yang baru dan sedia ada.

Kementerian Pendidikan (MOE) juga memastikan sebuah bilik dikhususkan di setiap daripada lebih 300 sekolah untuk para pembersih berehat.

Encik Zaqy berkata, MOM akan bekerjsama dengan agensi-agensi pemerintah dan majlis-majlis bandaran.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan