Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM akan perketat operasi keselamatan tempat kerja, tegas Zaqy

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di tempat kerja dalam sektor binaan selepas bertambahnya jumlah kematian dan kecederaan serius dalam sektor tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2018 06:27PM Dikemas Kini : 14 May 2018 10:22PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di tempat kerja dalam sektor binaan selepas bertambahnya jumlah kematian dan kecederaan serius dalam sektor tersebut.

Enam daripada 11 kematian di tempat kerja tahun ini adalah dari sektor binaan.

Jumlah kematian dalam sektor binaan bertambah daripada hanya 1 kes tahun lalu kepada enam kematian sejak permulaan tahun ini.

Menurut MOM, bekerja pada ketinggian adalah isu paling meluas di tapak-tapak binaan.

Misalnya, para pegawai MOM mendapati di tapak binaan di Dundee Road, talian hayat yang digunakan para pekerja untuk gantungkan tali pinggang keselamatan mereka, diletakkan di lingkaran tempat meletak kereta enam tingkat.

Akibatnya ruang untuk mengelakkan seseorang daripada terjatuh tidak mencukupi iaitu sekadar 2.8 meter dan bukan 6.3 meter.

Arahan henti kerja dikeluarkan dan syarikat terbabit hanya boleh meneruskan kerja-kerja selepas semua piawai keselamatan MOM dipenuhi.

Menteri Negara MOM Zaqy Mohamad hadir semasa pemeriksaan mengejut tapak binaan tersebut.

Menurut Encik Zaqy, MOM akan meningkatkan operasi keselamatan di tempat kerja dalam tiga bulan mendatang. 

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan