Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mohd Abdul Rahman Mohamad didakwa rompak $365,000, sebabkan kecederaan

Seorang lelaki 36 tahun didakwa di mahkamah hari ini (12 Apr) kerana melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mohd Abdul Rahman Mohamad didakwa rompak $365,000, sebabkan kecederaan

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 08:02PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 08:04PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 36 tahun didakwa di mahkamah hari ini (12 Apr) kerana melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan.

Ini selepas dia didakwa menyamar sebagai pengantara bitcoin dan meragut dua lelaki sebanyak $365,000 wang tunai.

Dua lelaki itu bertemu dengan suspek untuk membeli bitcoin.

Mohd Abdul Rahman Mohamad, seorang warga Malaysia dituduh merompak salah seorang lelaki dan menumbuk mukanya di Hotel 81 di sepanjang Middle Road pada 8 April.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan rakan sejenayahnya, Syed Mokhtar Syed Yusope, 36 tahun menyamar sebagai penjual bitcoin.

Menurut komander Arthur Law dari Jabatan Pusat Polis, kes tersebut adalah aneh kerana mangsa membawa bersamanya sejumlah wang yang banyak bernilai $365,000.

Abdul Rahman dipercayai membelanjakan sehingga $80,000 untuk membeli barangan berjenama termasuk jam Rolex bernilai lebih $45,000.

Jam itu diberikan kepada bekas isterinya beserta barang-barang lain.

Sejumlah $14,000 wang tunai juga ditemui.

Polis sedang berusaha untuk mendapatkan kembali wang selebihnya.

Secara berasingan, Abdul Rahman juga dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk rumah pada 7 Mac di mana dia mencuri barangan berharga dan wang tunai bernilai $150,000.  

Sumber : CNA/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan