Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mohamed Ibrahim Mohd Ya'acob, Frankie Chan dari Royal Plaza on Scotts dikenakan 8 tuduhan rasuah

Dua bekas kakitangan hotel Royal Plaza on Scotts hari ini (4 Apr) didakwa atas kesalahan rasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Mohamed Ibrahim Mohd Ya'acob, Frankie Chan dari Royal Plaza on Scotts dikenakan 8 tuduhan rasuah

Hotel Royal Plaza on Scotts. (Gambar: Facebook/Royal Plaza on Scotts)

Diterbitkan : 04 Apr 2018 07:07PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 07:09PM

SINGAPURA: Dua bekas kakitangan hotel Royal Plaza on Scotts hari ini (4 Apr) didakwa atas kesalahan rasuah setelah mereka dikatakan menerima bayaran kerana merujuk kerja-kerja pengangkutan hotel itu kepada sebuah syarikat limusin.

Bekas penolong pengurus khidmat tetamu Frankie Chan Li Fah, 33 tahun, berdepan lapan pertuduhan rasuah, menerima wang sebanyak S$3,869 daripada seorang pemandu bernama Mubarak Shah Zaman Shah yang bekerja denga syarikat K A Shah Limo Services.

Bekas ketua 'concierge' atau penolong keperluan pelanggan hotel itu, Mohamed Ibrahim Mohd Ya'acob, 63 tahun, pula didakwa atas lapan pertuduhan rasuah, menerima S$1,507 daripada Mubarak atas kesalahan yang sama, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuan (CPIB) menerusi kenyataan media.

"Singapura mengambil pendekatan tidak bertolak ansur sama sekali terhadap rasuah," menurut kenyataan itu.

"Biro Siasatan Amalan Rasuah memandang serius terhadap sebarang amalan rasuah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan