Images
  • Mohamed Horani
    Encik Mohamed Horani. (Gambar: MFA)

Mohamed Horani dilantik Konsul Jeneral Kehormat Singapura di Casablanca, Maghribi

SINGAPURA: Pemerintah melantik Encik Mohamed Horani sebagai Konsul Jeneral Kehormat Singapura di Casablanca, Maghribi, dengan bidang kuasa yang merangkumi seluruh Maghribi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (1 Dis), Encik Horani, 65 tahun, adalah Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Hightech Payment Systems (HPS). Beliau juga merupakan anggota pakar Lembaga Majlis Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar Maghribi.

Beliau memperolehi kelulusan Sarjana Muda dalam Kejuruteraan di Institut Nasional Perangkaan dan Ekonomi Gunaan di Rabat, Maghribi, pada 1974.

Konsul Jeneral Kehormat akan menyokong kerja Duta Bukan Pemastautin Singapura ke Maghribi, Encik George Goh.

Di samping melaksanakan tugas perwakilan dan memperluaskan bantuan konsular kepada rakyat Singapura, Encik Horani juga akan membantu pelibatan ekonomi kedua-dua negara.  

- BERITAmediacorp/FZ/fz

Top