Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH tubuh pasukan bertindak berbilang kementerian bagi tangani virus Wuhan

Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan sebuah pasukan bertindak berbilang kementerian ditubuhkan hari ini (22 Jan) untuk menangani gejala virus korona Wuhan.  

Anggaran Waktu Membaca:
MOH tubuh pasukan bertindak berbilang kementerian bagi tangani virus Wuhan

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, ketika ditemui media siang tadi.

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan sebuah pasukan bertindak berbilang kementerian ditubuhkan hari ini (22 Jan) untuk menangani gejala virus korona Wuhan.

Penubuhan itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, ketika ditemui media siang tadi.

Encik Gan turut mendedahkan bahawa beliau sendiri yang akan mempengerusikan pasukan bertindak itu dengan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong menjadi Pengerusi Bersama.

Mesyuarat pertama pasukan bertindak berbilang kementerian itu akan dijalankan esok (23 Jan).

Kementerian-kementerian lain yang turut menganggotai pasukan bertindak itu, menurut Encik Gan, ialah Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF).

"Terdapat pelbagai kementerian yang terlibat, termasuk MND mungkin terdapat implikasi kewangan, dan di mana di mana MOF perlu melangkah masuk. Jadi, ada proses dan mekanisme. Kami ada pelan kecemasan yang sudah tersedia. Tetapi, ada soal pengurusan, mendapatkan semua agensi untuk bekerjasama untuk melancarkan respons yang bersepadu dan berkesan serta memastikan kami menyelaraskan respons dengan orang ramai," jelas Encik Lawrence.

Mengulas lebih lanjut mengapa pasukan bertindak itu ditubuhkan, Encik Gan berkata “situasi yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang tidak dapat dilelakkan” dan "kita akan melihat lebih banyak kes yang akan dijangkiti (orang) tidak lama lagi".

"Kami rasa ini adalah langkah penting dalam bersiap sedia bagi kemungkinan berlakunya kes yang disahkan di Singapura. Memandang ke hadapan, kami akan memberi taklimat kepada pasukan bertindak dan mendapatkan pasukan bertindak siap supaya kami dapat melancarkan pendekatan Pemerintah ini dengan menyeluruh untuk menangani isu ini," kata Encik Gan.

Pemeriksaan suhu menerusi layar skrin dijalankan di Lapangan Terbang Changi bagi para pelancong dari Wuhan. (Gambar: Khaw Boon Wan/Facebook)

10 KES DISYAKI VIRUS WUHAN DI S'PURA SETAKAT INI

Di Singapura sendiri setakat ini, terdapat 10 kes pesakit yang disyaki dijangkiti penyakit yang seakan-akan SARS itu.

Hari ini sahaja (22 Jan), tiga kes baru dilaporkan dan ketiga-tiga mereka sedang menjalani proses ujian. Lagi tujuh daripada 10 kes yang disyaki itu bagaimanapun sudah disahkan tidak dijangkiti virus tersebut.

Di luar negara secara keseluruhannya, 9 orang sudah dilaporkan terkorban akibat virus itu, dengan lebih daripada 450 orang dijangkiti virus tersebut.

Melihatkan bahaya virus Wuhan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga dilapor mengadakan mesyuarat hari ini untuk menentukan tahap risikonya.

ELAK LAKUKAN PERJALANAN TIDAK PENTING KE WUHAN

Dalam satu kenyataan media yang baru dikeluarkan hari ini (22 Jan), Kementerian Kesihatan juga menasihati rakyat Singapura untuk "mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak penting" ke Wuhan, China - iaitu tempat dari mana virus itu menular.

Dalam pada itu, bagi masyarakat Singapura di sini pula MOH menasihati agar masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga.

Ini termasuk mengambil langkah kebersihan seperti mencuci tangan dengan kerap.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan