Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH tinjau peluang perluas kerjasama antara penyedia kesihatan awam, swasta

Ini merupakan kali pertama syarikat penyedia khidmat jagaan kesihatan swasta itu bekerjasama dengan HPB.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2017 10:30PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 10:43PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang meninjau lebih banyak peluang untuk memperluas kerjasama antara para penyedia jagaan kesihatan awam dan swasta memandangkan permintaan bagi perkhidmatan itu dijangka terus meningkat.

Menurut Menteri Negara Kanan Kesihatan Chee Hong Tat, langkah itu akan membolehkan sektor jagaan kesihatan menyatukan sumber-sumbernya yang terhad dan memanfaatkan keupayaan satu sama lain.

Encik Chee berkata demikian di pelancaran Program Kesetiaan Jagaan Kesihatan Thomson Medical Group siang tadi (3 Dis).

Dalam program itu ada satu aplikasi yang akan menggunakan HealthHub Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bagi mendapatkan rencana-rencana kesihatan.

Ini merupakan kali pertama syarikat penyedia khidmat jagaan kesihatan swasta itu bekerjasama dengan HPB.

Encik Chee juga menekankan pendirian Kementerian Kesihatan meminta semua penyedia jagaan kesihatan untuk menyumbang kepada Rekod Kesihatan Elektronik Negara (NEHR).

Langkah itu mungkin diwajibkan mulai tahun depan.

Menurut Encik Chee, perkongsian data pesakit akan memudahkan lagi kerjasama sama antara para penyedia jagaan kesihatan awam dan swasta. 

Sumber : CNA/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan