Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH: Tiada kes baru TB di prasekolah Agape Little Uni

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan semalam (8 Dis) bahawa Unit Kawalan Penyakit Batuk Kering sudah mengenal pasti 110 "mereka yang berhubungan rapat" dengan para kakitangan di prasekolah Agape Little Uni yang didiagnos menghidap TB atau jangkitan batuk kering aktif bulan lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH: Tiada kes baru TB di prasekolah Agape Little Uni

Sebuah bilik darjah di Agape Little Uni yang terletak di Sengkang East Way. (Gambar: Laman Agape Little Uni)

Diterbitkan : 09 Dec 2017 11:29AM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 11:32AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan semalam (8 Dis) bahawa Unit Kawalan Penyakit Batuk Kering sudah mengenal pasti 110 "mereka yang berhubungan rapat" dengan para kakitangan di prasekolah Agape Little Uni yang didiagnos menghidap TB atau jangkitan batuk kering aktif bulan lepas.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOH menyatakan bahawa pusat jagaan kanak-kanak dan tadika di Sengkang East Way sudah menjalani pemeriksaan bagi TB setelah salah seorang kakitangannya disahkan menghidap penyakit itu.

Menurut MOH, 91 daripada 110 individu kenalan rapat kakitangan itu, sudahpun menjalani pemeriksaan pusingan pertama dan 19 lagi masih menunggu hasil pemeriksaan.

"Sehingga kini, tiada kanak-kanak atau kakitangan yang didapati menghidap TB aktif," tambah MOH.

MOH dan Unit Kawalan TB dimaklumkan tentang diagnosis kakitangan itu pada 27 November. Individu itu kemudian diberikan rawatan secepatnya dan diberi cuti sakit selama dua minggu.

Unit Kawalan TB mengadakan lawatan ke prasekolah itu pada 28 November untuk mengenal pasti mereka yang perlu menjalani pemeriksaan susulan. Ia juga aktif bekerja rapat dengan Agape Little Uni untuk menghubungi para ibu bapa untuk berkongsi maklumat lanjut tentang pemeriksaan TB dan rawatannya.

Penyakit batuk kering biasanya merebak melalui hubungan rapat dan berterusan dengan pesakit. Ia tidak boleh dijangkiti melalui barang-barang yang disentuh pesakit.

Hanya mereka yang didapati berhubung rapat dengan pesakit perlu menjalani pemeriksaan, demikian menurut MOH.

"Tidak perlu bagi tempat kerja atau tempat-tempat lain yang dikunjungi pesakit TB aktif itu untuk ditutup. Pengesanan awal dan rawatan melalui pemeriksaan rangkaian kenalan rapat pesakit dapat mencegah penyakit TB daripada merebak.

"Memandangkan pesakit kini cuti sakit dan sudah mulakan rawatan, tidak ada risiko pendedahan lanjut kepada penyakit itu. Mereka yang mengenali pesakit dan didapati mempunyai TB tidak aktif, juga tidak berjangkit," menurut MOH.

MOH menambah bahawa pemeriksaan ditawarkan secara percuma bagi kenalan rapat yang dikenalpasti Unit Kawalan TB. Di bawah program nasional TB, kos perubatan bagi TB yang aktif dan tidak aktif akan diberi subsidi sepenuhnya.

TB merupakan sejenis penyakit endemik di Singapura manakala TB yang tidak aktif bukan sesuatu yang luar biasa kerena jangkitan itu selalu berlaku di Singapura sehingga pada tahun 1970-an.

Dalam kalangan rakyat Singapura yang lebih tua, menurut MOH, sehingga 30 peratus mungkin menghidap TB tidak aktif. Dalam kebanyakan kes, bakteria TB kekal dalam tubuh mereka sepanjang hayat, dan ia tidak akan berjangkit kepada orang lain.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan