Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH semak setiap perubahan besar pada sistemnya ekoran insiden CHAS

Kementerian Kesihatan akan menjalankan "kajian jaminan mutu" bagi setiap perubahan sistem yang besar.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH semak setiap perubahan besar pada sistemnya ekoran insiden CHAS

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 01 Mar 2019 05:19PM Dikemas Kini : 01 Mar 2019 05:23PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan menjalankan "kajian jaminan mutu" bagi setiap perubahan sistem yang besar.

Langkah itu sebahagian daripada usaha menyemak proses-proses ujian dan pelaksanaan berikutan gangguan sofwe tahun lalu yang menjejas 7,700 penerima subsidi di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS).

Menteri Negara Kanan Kesihatan Edwin Tong berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen.

Kesilapan pada sistem menilai kemampuan yang dikendalikan oleh vendor IT NCS menyebabkan subsidi disalah kira rakyat yang memohon atau memperbaharui kad CHAS mereka antara 18 September hingga 10 Oktober tahun lalu.

Seramai 6,400 orang menerima subsidi lebih tinggi manakala 1,300 orang menerima subsidi lebih rendah. Jumlah tambahan yang dibahagikan akibat kesilapan itu berjumlah $2 juta, yang menurut MOH akan dituntut balik daripada NCS.

Encik Tong berkata status kemampuan individu dan aras subsidi jagaan kesihatan dikemas kini setiap dua tahun atau lebih awal, jika ada permintaan.

Beliau menambah sistem mengukur kemampuan masih lagi cara paling cekap untuk menentukan jumlah subsidi.

Namun, usaha memperkukuh dan memastikan daya tahan proses tersebut akan menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan