Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH selar catatan Facebook Gilbert Goh; kononnya hospital salah urus kes COVID-19

Kementerian Kesihatan (MOH) menyelar catatan Facebook yang dimuat naik oleh aktivis Gilbert Goh pada 1 November yang mendakwa seolah-olah berlaku salah urus dua kes perubatan oleh hospital-hospital di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH selar catatan Facebook Gilbert Goh; kononnya hospital salah urus kes COVID-19

Gibert Goh menerusi Facebook

Diterbitkan : 08 Nov 2021 07:18PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 07:20PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menyelar catatan Facebook yang dimuat naik oleh aktivis Gilbert Goh pada 1 November yang mendakwa seolah-olah berlaku salah urus dua kes perubatan oleh hospital-hospital di sini.

MOH menegaskan bahawa tiada kes seumpama itu seperti yang digembar-gemburkan dalam catatan tersebut.

"Ini adalah dakwaan-dakwaan yang serius. Kami mempelawa Gilbert Goh untuk tampil memberikan butiran para pesakit dan kes-kes yang didakwanya agar kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya," menurut MOH dalam satu catatan Facebook pada Isnin (8 Nov).

Encik Goh berkongsi satu catatan pada 1 November di mana seorang individu memuat naik catatan yang mendakwa kakak ipar kawannya yang berusia bawah 50 tahun dan mempunyai masalah kesihatan sedia ada meninggal dunia akibat COVID-19 selepas dihantar pulang dua kali daripada Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) sebuah hopsital tempatan.

Catatan itu juga mendakwa seolah-olah seorang wanita berusia 20 tahun yang menghidap semput dihantar pulang dari A&E meskipun sedang sesak nafas.

MOH menyatakan: "Berdasarkan rekod kami, tiada kes serupa seperti yang digambarkan dalam catatan itu."

"Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa ketelusan dan ketepatan maklumat menjadi tunjang keyakinan awam dalam sesebuah krisis pandemik," tegas MOH.

"Lantas apabila mengongsi pengalaman peribadi oleh sesetengah individu, kita perlu memastikan ia adalah berdasarkan bukti supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu." 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan