Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH perkenal geran bulanan S$200 bantu tampung kos jagaan jangka panjang hujung 2019

Satu Geran Penjagaan di Rumah akan diperkenalkan mulai tahun ini bagi mereka yang mengalami kecacatan tahap sederhana, tidak kira usia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2019 08:04PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 01:39AM

SINGAPURA: Satu Geran Penjagaan di Rumah akan diperkenalkan mulai tahun ini bagi mereka yang mengalami kecacatan tahap sederhana, tidak kira usia.

Geran tersebut bakal menggantikan Geran Pembantu Rumah Asing, dengan jumlah subsidi lebih tinggi, iaitu dari $120 kepada $200 sebulan. Ia bertujuan membantu mengurangkan kos jagaan.

Geran baru itu hasil saranan para Anggota Parlimen dan pihak-pihak berkepentingan dalam sektor jagaan golongan kurang upaya atau yang sakit, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Edwin Tong hari ini (13 Feb).

Menjelang hujung tahun ini, Medisave juga boleh digunakan untuk membayar bil perubatan adik-beradik. Ia merupakan sebahagian daripada Pelan Bertindak Sokongan Penjaga yang akan diperkenalkan secara bertahap-tahap.

Terdapat juga skim-skim memberikan waktu rehat dan latihan kepada para penjaga selain meningkatkan akses kepada sumber digital bagi warga tua.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan