Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH, MND kerjasama rintis model flat hidup berdikari bagi warga emas

Tidak lama lagi, warga emas berusia 65 tahun ke atas akan mempunyai pilihan untuk hidup berdikari sambil masih dengan mudah mendapatkan bantuan penjagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Mar 2020 06:37PM Dikemas Kini : 06 Mar 2020 11:30PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, warga emas berusia 65 tahun ke atas akan mempunyai pilihan untuk hidup berdikari sambil masih dengan mudah mendapatkan bantuan penjagaan.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan melancarkan sejenis flat baru yang membantu kehidupan sedemikian bagi golongan itu dalam suku kedua tahun ini.

Diumumkan hari ini (5 Mac), projek perintis flat-flat itu akan dilancarkan di Bukit Batok.

Ia memberi tumpuan kepada kehidupan bermasyarakat.

Beberapa ruang bersama akan disediakan untuk warga emas berinteraksi antara satu sama lain.

Flat-flat itu juga direka dengan ciri-ciri mesra warga emas.

Antaranya, ia mempunyai bilik air lebih besar dan dilengkapi dengan besi-besi pemegang.

Setiap flat juga dilengkapi dengan butang-butang kecemasan yang dihubungkan dengan khidmat kecemasan yang beroperasi sepanjang masa.

Flat-flat tersebut dikhasnya hanya untuk golongan 65 tahun dan ke atas.

Ada juga kuota bagi warga emas yang memerlukan penjagaan.

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Amy Khor memberitahu Parlimen seorang pengurus masyarakat juga akan disediakan bagi memberi khidmat kepada para penduduknya.

Ia termasuk memantau status kesihatan serta menghubungkan mereka kepada khidmat penjagaan yang relevan bergantung kepada keperluan masing-masing.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan