Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH lancar kalkulator online bagi premium CareShield Hayat

Sesetengah rakyat Singapura kini boleh menganggarkan premium yang perlu dibayar di bawah CareShield Hayat, dengan pelancaran kalkulator online oleh Kementerian Kesihatan (MOH) yang diumumkan hari ini (27 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
MOH lancar kalkulator online bagi premium CareShield Hayat

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 06:36PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 06:38PM

SINGAPURA: Sesetengah rakyat Singapura kini boleh menganggarkan premium yang perlu dibayar di bawah CareShield Hayat, dengan pelancaran kalkulator online oleh Kementerian Kesihatan (MOH) yang diumumkan hari ini (27 Dis).

Careshield Hayat merupakan peningkatan pada Eldershield, skim insurans jagaan jangka panjang sedia ada bagi mereka yang mengalami kekurangan upaya teruk.

Skim itu akan diwajibkan ke atas semua rakyat Singapura yang dilahirkan pada atau selepas 1980 dan akan dilancarkan pada 2020.

Dalam satu kenyataan media hari ini (27 Dis), MOH menyatakan bahawa kalkulator online itu akan menyediakan rakyat Singapura dengan maklumat tentang anggaran premium masing-masing sebelum dan selepas mengambil kira subsidi dan insentif - bagi tahun-tahun awal skim tersebut dari 2020 sehingga 2025.

Para pengguna akan diminta untuk memberikan tahun kelahiran, jantina dan perlindungan ElderShield sedia ada mereka, serta pendapatan per kapita dan jenis perumahan masing-masing.

Alat itu boleh didapati di laman Careshield Hayat.

Ia akan disediakan kepada rakyat dan penduduk tetap Singapura yang dilahirkan antara 1946 hingga 1990, yang sama ada secara tetap mendapatkan perlindungan ElderShield, atau pun tidak.

Rakyat Singapura yang lain boleh memeriksa premium mereka menggunakan kaedah lain.

Mereka yang dilahirkan sebelum atau pada 1945 boleh menghubungi talian Healthcare Hotline di 1800-222-3399 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang anggaran premium, subsidi dan insentif mereka.

Premium tahunan akan lebih tinggi, sedang golongan warga emas "mempunyai tempoh yang kurang untuk membayar rata premium mereka", menurut MOH.

Dalam pada itu, mereka yang dilahirkan pada atau selepas 1991 akan diberitahu tentang premium mereka apabila mereka mendaftar bagi skim CareShield Hayat pada usia 30 tahun.

Mereka di bawah polisi Eldershield yang lebih jarang digunakan - seperti mereka yang polisinya sudah dibayar atau mereka yang memilih untuk menarik diri daripada ElderShield pada usia 40 tahun dan kemudian menyertainya semula - boleh mengetahui lebih lanjut tentang anggaran premium mereka menjelang 2021, apabila mereka boleh menyertai skim tersebut.

Kumpulan yang dilahirkan pada atau sebelum 1979 boleh menyertai CareShield Hayat pada 2021 jika mereka tidak mengalami kekurangan upaya teruk, sementara rakyat Singapura di bawah perlindungan ElderShield boleh beralih kepada CareShield Hayat.

Premium ElderShield yang sudah dibayar akan diambil kira apabila premium CareShield Hayat mereka dikira.

Skim baru tersebut, yang dihasilkan berdasarkan saranan-saranan Jawatankuasa Semakan Eldershield, menerima kritikan awal tahun ini kerana premium dibezakan mengikut jantina dengan wanita membayar premium lebih tinggi berbanding lelaki.

Beberapa Anggota Parlimen menyuarakan pandangan pada Julai bahawa pembezaan itu menjadikan skim tersebut kurang inklusif.

Namun, Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor berkata bahawa Jawatankuasa Semakan ElderShield sudah memutuskan bahawa menggunakan premium yang dibezakan mengikut jantina akan mencerminkan lebih baik perbezaan risiko antara golongan lelaki dengan wanita, dan menghasilkan skim yang "lebih mampan".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan