Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE perketat peraturan COVID-19, CCA dihentikan

 Sejajar dengan langkah-langkah Fasa 2 Kewaspadaan Dipertingkat, Kementerian Pendidikan (MOE) akan memperketatkan langkah pengurusan selamat di tadika-tadika MOE, sekolah rendah dan menengah, Sekolah Pendidikan Khas (SPED), maktab rendah serta institut pengajian tinggi (IHL).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2021 10:20PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 10:25PM

SINGAPURA: Sejajar dengan langkah-langkah Fasa 2 Kewaspadaan Dipertingkat, Kementerian Pendidikan (MOE) akan memperketatkan langkah pengurusan selamat di tadika-tadika MOE, sekolah rendah dan menengah, Sekolah Pendidikan Khas (SPED), maktab rendah serta institut pengajian tinggi (IHL).

Menurut kementerian tersebut pada Selasa (20 Jul), sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi akan kekal dibuka bagi mengurangkan kesan terhadap pembelajaran pelajar.

Namun, ia akan dilaksanakan dengan langkah pengurusan selamat yang lebih ketat mulai Khamis ini.

Sebagai contoh, saiz kelas di semua institut pengajian tinggi akan dihadkan kepada tidak lebih 50 orang.

Dan semua Kegiatan Ko-kurikular (CCA) dan aktiviti yang memerlukan pelitup muka dibuka akan digantung buat sementara waktu.

Pihak berkuasa juga menasihatkan supaya semua kelas tuisyen dan tambahan dijalankan secara online bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kalangan para pelajar.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan