Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Modul baru tentang seni dan budaya diperkenalkan bagi rakyat baru S'pura

Rakyat baru negara ini tidak lama lagi boleh mempelajari tentang seni dan budaya Singapura menerusi satu modul di wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2021 07:54PM Dikemas Kini : 17 Feb 2021 09:58PM

SINGAPURA: Rakyat baru negara ini tidak lama lagi boleh mempelajari tentang seni dan budaya Singapura menerusi satu modul di wadah online.

Ia adalah sebahagian daripada program pengenalan yang wajib dijalani rakyat baru sebelum mendapat kad pengenalan mereka.

Kandungan modul itu dihasilkan berdasarkan maklum balas sebuah kumpulan kerja rakyat.

Laporan kumpulan kerja itu diterbitkan pada November tahun lalu dan ia mengumpulkan maklum balas daripada warga Singapura mengenai program 'Perjalanan Kewarganegaraan Singapura', iaitu sebuah program wajib bagi rakyat bantu.

Program itu meliputi sebuah kurikulum online dan sebuah sesi perkongsian masyarakat untuk bertemu para penduduk yang lain.

Dapatan daripada laporan itu, seperti pandangan mengenai nilai-nilai dan norma akan digunakan untuk menghasilkan kandungan online program.

Pihak berkuasa juga boleh merujuk pada laporan itu apabila ingin mempertingkatkan bahagian lain program tersebut.

Program 'Perjalanan Kewarganegaraan Singapura' diperkenalkan pada 2011 dan bertujuan membantu rakyat baru mendalami pemahaman sejarah dan budaya Singapura.

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan