Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Moderna teruskan proses 'semakan berterusan' bagi kegunaan vaksin COVID-19 di S'pura

Mediacorp sudah menghubungi HSA bagi lebih banyak maklumat berhubung semakan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Moderna teruskan proses 'semakan berterusan' bagi kegunaan vaksin COVID-19 di S'pura

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 11:20PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 11:21PM

SINGAPURA: Moderna akan "meneruskan" proses "semakan berterusan" bagi calon vaksin COVID-19 bersama Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA), menurut syarikat bioteknologi Amerika Syarikat itu dalam satu kenyataan media pada Isnin (30 Nov).

Pengumuman itu dibuat selepas hasil kajian peringkat akhir Fasa 3 yang melibatkan sekitar 30,000 peserta di Amerika.

Ia menunjukkan bahawa vaksin tersebut 94.1 peratus berkesan dalam melawan COVID-19 dan 100 peratus berkesan dalam mencegah kes teruk.

Satu semakan berterusan mempercepatkan proses semakan dengan membolehkan pihak pembangun ubat atau vaksin menyerahkan sebahagian permohonan mereka sedang ia diselesaikan, menurut laman Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat.

Selain Singapura, Moderna juga memulakan proses semakan berterusan di Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Switzerland, Britain dan Israel.

Ia juga sedang mendapatkan pentaulihan bagi kegunaan kecemasan vaksin syarikat itu di Amerika dan EU dan prakelayakan atau senarai kegunaan kecemasan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Mediacorp sudah menghubungi HSA bagi lebih banyak maklumat berhubung semakan itu. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan