Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mobike, ofo naikkan harga tapi masih rendah berbanding syarikat basikal sewa lain

Dua syarikat basikal sewa tempatan - Mobike dan ofo - menaikkan harganya secara bertahap-tahap namun ini masih lebih rendah berbanding syarikat-syarikat lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2018 07:24PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 12:29AM

SINGAPURA: Dua syarikat basikal sewa tempatan - Mobike dan ofo - menaikkan harganya secara bertahap-tahap namun ini masih lebih rendah berbanding syarikat-syarikat lain.

Ogos lalu, SG Bike yang memasuki pasaran basikal sewa tempatan melancarkan 1,500 basikal.

Bayaran yang dikenakan adalah sedolar bagi setengah jam pertama dan lebih daripada itu bayarannya tiga sen seminit.

Namun jumlah itu masih lebih tinggi daripada Mobike dan ofo selepas kedua-duanya menaikkan harga. Oleh itu SG Bike menyatakan ia tidak akan menaikkan lagi harganya buat masa ini.

Obike pula, yang mempunyai lebih 1,000 basikal, menyatakan ia tidak akan menaikkan harganya buat masa ini. Namun berharap persaingan dapat merangsang perubahan dalam industri dan menyediakan khidmat lebih pelbagai buat pengguna. 

Sumber : CNA/EM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan