Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MLC 'semak' bahannya yang sifatkan satira sebagai berita palsu

Majlis Celik Media menyatakan pada Jumaat (20 Sep) bahawa ia sedang menyemak bahannya, selepas beberapa catatan dimuat naik mengenai buku yang menyifatkan satira sebagai berita palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
MLC 'semak' bahannya yang sifatkan satira sebagai berita palsu

Infografik yang menyifatkan satira sebagai berita palsu. (Gambar: Petikan skrin dari MLC)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 10:09PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 10:17PM

SINGAPURA: Majlis Celik Media menyatakan pada Jumaat (20 Sep) bahawa ia sedang menyemak bahannya, selepas beberapa catatan dimuat naik mengenai buku yang menyifatkan satira sebagai berita palsu.

Makalah berjudul 'Get Smart With Sherlock: What Is Fake News?' dilaporkan diagihkan kepada sekolah-sekolah dan gambar-gambarnya pula dimuat naik pada 17 Sep.

Majlis berkenaan mendedahkan dalam satu kenyataan memberi respons kepada soalan CNA bahawa buku-buku itu kali terakhir diagihkan bulan lalu kepada sekolah-sekolah yang memintanya.

"Kami sedar akan isu ini dan sedang menyemak bahan-bahan kami," jelas majlis itu, sambil menambah ia sudah menghentikan pengagihan kepada sekolah-sekolah.

Sekeping gambar mengenai buku itu pertama kali dipaparkan di platform media sosial Reddit. Menurut catatan itu, buku tersebut diberikan kepada seorang murid Darjah 1.

Label serupa tentang satira sebagai berita palsu pertama kali muncul dalam catatan di laman Facebook MLC pada 5 Sep.

Grafik itu menunjukkan berita palsu mempunyai pelbagai bentuk, termasuk konteks palsu, kandungan palsu, kandungan yang dimanipulasi, kandungan yang mengelirukan, umpan klik dan satira.

Menyusuli kritikan online, MLC membuat permohonan maaf dan menyatakan pihaknya akan menyemak bahan-bahannya.

Minggu lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam memberitahu media adalah "salah" bagi majlis tersebut mencadangkan satira sebagai berita palsu.

Rang Undang-Undang Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), yang diluluskan awal tahun ini, tidak meliputi pandangan, kritikan, satira ataupun parodi.

MLC tidak menjawab pertanyaan Mediacorp tentang bila buku itu diterbitkan atau berapa banyak keping yang dicetak.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan