Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Misi angkasa lepas rakyat S'pura tertangguh gara-gara angin kencang

Seorang juruterbang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) terpaksa menangguhkan percubaannya ke angkasa lepas disebabkan oleh 'corak cuaca', menurut timbalan pengarah kempen projek tersebut, Cik Patsy Ong, hari ini (14 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Misi angkasa lepas rakyat S'pura tertangguh gara-gara angin kencang

Juruterbang SAF Yip Chuang Syn dan kapsul yang sepatutnya membawanya ke angkasa lepas. (Gambar: Shahul Hameed)

Diterbitkan : 14 May 2018 05:27PM Dikemas Kini : 14 May 2018 05:30PM

SINGAPURA: Seorang juruterbang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) terpaksa menangguhkan percubaannya ke angkasa lepas disebabkan oleh 'corak cuaca', menurut timbalan pengarah kempen projek tersebut, Cik Patsy Ong, hari ini (14 Mei).

Yip Chuang Syn yang berkhidmat sebagai seorang juruterbang selama lebih 20 tahun, dijangka mencecah paras ketinggian yang akan mengatasi paras yang pernah dicapainya sebelum ini.

Namun pelancaran kapsulnya dari Alice Springs di Australia pada Isnin (14 Mei) terpaksa ditunda buat sementara waktu.

"Ramai yang tidak menjangkakannya kerana apabila anda terlibat dalam sesebuah misi, anda bertekad untuk melaksanakannya," kata Cik Ong tentang usaha Encik Yip.

Menurut Cik Ong, Encik Yip sudah melakukan "latihan lengkap dan menjalani ujian selama dua jam dalam kapsul".

Meskipun sudah membuat persiapan secara teknikal, "corak cuaca di luar kawalan kami" dan pasukan itu menambah bahawa "angin terlalu kencang (dan ia berbahaya) untuk meneruskan misi".

"Angin semakin kencang dan jelas arus udara jet (terlalu kencang) sehingga misi kami terpaksa ditunda buat masa ini kerana ini semua di luar kawalan kami.

"Risikonya sangat besar sekali," kata Cik Ong.

Menyentuh tentang bila projek itu akan dapat diteruskan, penasihat misi itu, Profesor Pao Chuen, berkata bahawa ia akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan.

"Banyak sekali sumber yang digunakan dalam misi ini dan kami perlu menunggu antara enam hingga 12 bulan untuk percubaan selanjutnya. Jadi percubaan selanjutnya tidak mungkin dalam tempoh dua minggu ini," kata Profesor Lui.

Projek ini diterajui oleh inovator Lim Seng yang juga pengasas syarikat teknologi Singapura, IN.Genius.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan