Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minum teh boleh cegah demensia?

Meminum teh yang diperibuat daripada daun-daun teh setiap hari boleh mengurangkan risiko demensia, menurut kajian baru yang dikeluarkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Khamis (16 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Minum teh boleh cegah demensia?

Seorang lelaki menuang beberapa cawan teh Cina. (Gambar: AFP/Laurent Fievet)

Diterbitkan : 16 Mar 2017 02:35PM Dikemas Kini : 16 Mar 2017 02:40PM

SINGAPURA: Meminum teh yang diperbuat daripada daun-daun teh setiap hari boleh mengurangkan risiko demensia, menurut kajian baru yang dikeluarkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Khamis (16 Mac).

Menurut kajian tersebut, daun-daun teh itu mengandungi bahan bioaktif yang boleh membantu melindungi otak daripada kerosakan vaskular dan kemerosotan daya pemikiran.

Selain itu, manfaatnya tidak terhad kepada jenis teh yang khusus sahaja, sebaliknya selagi teh itu diperbuat daripada daun-daun teh seperti teh hijiau, hitam atau oolong.

Diterajui oleh Penolong Profesor Feng Lei dari jabatan perubatan psikologi NUS, kajian itu turut meninjau lebih 950 warga tua - yang berusia 55 tahun dan ke atas - selama tujuh tahun.

Ia juga mendapati bahawa amalan meminum teh dengan kerap boleh mengurangkan risiko kemerosotan kognitif sebanyak 50 peratus.

Ia turut menunjukkan bahawa mereka yang berisiko menghidapi penyakit Alzheimer's boleh mengalami penurunan risiko sehingga 86 peratus bagi demensia.

Meskipun kajian itu dijalankan hanya terhadap warga tua Cina, Penolong Profesor Feng berkata dapatan tersebut boleh juga digunakan untuk kaum-kaum lain. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan