Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MINDS buka pusat jagaan pelajar khas yang pertama

Para ibu bapa atau pengasuh yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas kini boleh menerima lebih banyak bantuan dengan penubuhan Pusat Jagaan Pelajar Khas yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para ibu bapa atau pengasuh yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas kini boleh menerima lebih banyak bantuan dengan penubuhan Pusat Jagaan Pelajar Khas yang baru.

Ini diumumkan di sambutan ulang tahun ke-50 Sekolah MINDS Woodlands Gardens hari ini (12 Okt). Ia adalah pusat jagaan pertama daripada empat sekolah khas MINDS yang mempunyai kemudahan seperti itu.

Bagi ibu seperti Cik Rosliana Kamaros misalnya, menjaga anaknya yang berusia 11 tahun adalah sesuatu yang mencabar. Anaknya yang bersekolah di Sekolah Minds Woodlands Garden, dikesan berdepan dengan kelengahan bertutur sejak lahir lagi.

Namun, Pusat Jagaan Pelajar Khas yang baru nampaknya dapat membantu Cik Rosliana.

Pusat tersebut terletak di dalam bangunan Sekolah Minds Woodlands Garden dan dapat mengambil sehingga 50 pelajar, dengan yuran $800 untuk mendaftarkan diri ke pusat tersebut. Bagaimanapun, MINDS menyatakan kos itu bergantung kepada pendapatan keluarga berkenaan.

Pusat itu ditubuhkan bagi membantu ibu bapa atau pengasuh dalam menyediakan khidmat jagaan sebelum atau selepas sekolah bagi anak-anak mereka.

"Saya rasa kita tidak setakat saja menolong mereka tetapi dengan usaha ini kita juga menolong diri kita. Kita juga menghargai apa yang kita ada dan memastikan kita berkongsi dan bersikap ihsan dan sama-sama memberikan peluang dan juga manfaat kepada masyarakat," kata Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan, Amrin Amin.

Buat masa ini, lebih 20 permohonan sudah diterima. Lantaran itu, MINDS mengesahkan pihaknya mempunyai rancangan untuk meluaskan perkhidmatan tersebut.

Pusat Jagaan Pelajar Khas ini akan dibuka pada tahun depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan