Images
  • ben
    Benjamin Davis. (Gambar: Noor Farhan)

MINDEF tolak penangguhan NS pemain bola sepak negara Benjamin Davis

SINGAPURA: Permohonan pemain bola sepak negara Benjamin Davis untuk menangguhkan perkhidmatan negara (NS) ditolak Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Davis membuat permohonan itu selepas berjaya menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Perdana England, Fulham FC.

MINDEF dalam kenyataannya menyatakan permohonan itu ditolak kerana Davis "tidak memenuhi kriteria untuk penangguhan NS jangka panjang".

MINDEF menambah tidak adil untuk pihaknya meluluskan permohanan itu buat para individu meneruskan kerjaya dan pembangunan mereka.

Sejak 15 tahun ini, hanya tiga permohonan serupa diluluskan dan diberikan kepada para atlit yang mewakili negara dalam temasya antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan berpotensi memenangi pingat untuk negara.

MINDEF menyatakan keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan sudah memaklumkan Davis dan ibu bapanya.

Mediacorp difahamkan, ayah Davis akan menerima bantuan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk membuat rayuan kepada MINDEF.

- CNA/RU/na

Top