Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MINDEF: Ben Davis tiada rancangan penuhi tanggungjawab NS

Menurut MINDEF, meskipun pencapaian Benjamin untuk mendapatkan kontrak dengan sebuah kelab Liga Perdana diiktiraf, atlit-atlit berbakat yang lain termasuk para pemain bola sepak "menjalani NS dahulu" sebelum mengejar kerjaya profesional masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
MINDEF: Ben Davis tiada rancangan penuhi tanggungjawab NS

Pemain bola sepak Ben Davis. (Gambar fail: TODAY/Nuria Ling)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 08:53PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 09:03PM

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) mendedahkan pada Rabu (18 Jul) bahawa Encik Harvey Davis, bapa pemain bola sepak Benjamin Davis, "tidak mahu menetapkan tarikh" bila anaknya itu merancang untuk pulang ke Singapura dan menjalani Pekhidmatan Negara (NS) sementara menantikan permohonan bagi proses menangguhkan NS.

Dalam kenyataannya, MINDEF menambah bahawa Benjamin menandatangani kontrak meskipun permohonan untuk menangguhkan Pekhidmatan Negara ditolak dan menekankan bahawa bapa Benjamin secara terbuka mendedahkan bahawa beliau akan menyokong Benjamin jika anaknya melepaskan kerakyatan Singapura demi mengejar kerjayanya.

"Tindakan (Benjamin) bertujuan untuk mengutamakan kerjaya profesionalnya, bukan demi kepentingan negara. Seperti yang diakui secara terbuka oleh ayahnya, beliau setakat melindungi masa depan anaknya dan bukan Singapura," dedah MINDEF.

"Mereka tidak merancang untuk pulang ke sini bagi memenuhi kewajipan NS anak mereka, terutamanya jika (Benjamin) diberi kontrak profesional penuh selepas tamat kontraknya selama dua tahun.

"Jika penangguhan NS diizinkan atas sebab sedemikian, ia akan menjejas etos dan pengorbanan rakyat Singapura yang mengetepikan kepentingan peribadi untuk menjalani Perkhidmatan Negara.

Menurut MINDEF, meskipun pencapaian Benjamin untuk mendapatkan kontrak dengan sebuah kelab Liga Perdana diiktiraf, atlit-atlit berbakat yang lain termasuk para pemain bola sepak "menjalani NS dahulu" sebelum mengejar kerjaya profesional masing-masing.

Menurutnya lagi, terdapat beberapa skim yang ditawarkan semasa menjalani NS sepenuh masa bagi membolehkan para atlit untuk meneruskan latihan dan mempertingkatkan kemahiran masing-masing.

"Kami juga menawarkan peluang latihan tambahan sebelum pertandingan utama seperti Sukan Asia Tenggara dan Sukan Olimpik di mana para atlit ini mewakili Singapura dan mengharumkan nama negara," tambah MINDEF.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan