Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MINDEF akan rekrut 300 pakar keselamatan siber

MINDEF pada Rabu (20 Feb) mengumumkan akan mengambil sekitar 300 pakar keselamatan siber di bawah dua skim - bagi kakitangan tentera dan para pegawai tanpa pakaian seragam. Sebahagian latihan kakitangan baru itu akan dijalankan di Sekolah Pertahanan Siber yang dibuka secara rasmi hari ini (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
MINDEF akan rekrut 300 pakar keselamatan siber

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 09:06PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 05:31PM

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu (20 Feb) mengumumkan akan mengambil sekitar 300 pakar keselamatan siber di bawah dua skim - bagi kakitangan tentera dan para pegawai tanpa pakaian seragam.

Sebahagian latihan kakitangan baru itu akan dijalankan di Sekolah Pertahanan Siber yang dibuka secara rasmi hari ini (20 Feb).

Sekolah itu menjadi pusat bagi latihan dan pendidikan pertahanan siber untuk semua kakitangan MINDEF.

Semua ini demi meningkatkan usaha pertahanan keselamatan siber di tengah-tengah ancaman yang wujud.

Daya usaha baru itu juga diperkenalkan menyusuli pelancaran Pertahanan Digital sebagai tunggak keenam Pertahanan Mutlak.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How siang tadi melawat Pusat Penilaian dan Ujian Pertahanan Siber di Kem Stagmont bersama para anggota Majlis Penasihat Mengenai Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan atau ACCORD.

Mereka diberi taklimat tentang rangka kerja pertahanan siber dan kemudahan latihan yang disediakan di sini. 

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan