Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minah, yang tikam majikan warga emas sampai mati, dipenjara 15 tahun

Pada pagi 13 Februari tahun lalu, pembantu rumah dari Indonesia, Minah, memberi majikannya, yang merupakan seorang warga emas, layanan yang baik. Dia mengurut majikannya, membantunya untuk mandi dan mengangkatnya ke kerusi.

Anggaran Waktu Membaca:
Minah, yang tikam majikan warga emas sampai mati, dipenjara 15 tahun

Minah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun. (Gambar: Robin Choo/ TODAY)

Diterbitkan : 23 Apr 2018 11:52PM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 11:55PM

SINGAPURA: Pada pagi 13 Februari tahun lalu, pembantu rumah dari Indonesia, Minah, memberi majikannya, yang merupakan seorang warga emas, layanan yang baik. Dia mengurut majikannya, membantunya untuk mandi dan mengangkatnya ke kerusi.

Beberapa jam selepas itu, pada sekitar 2.00 petang, Minah menikam bahagian leher Cik Tay Quee Lang dengan menggunakan pisau berukuran 22 sentimeter di flat Tampines di mana warga emas itu tinggal bersama suaminya. Pesara berusia 77 tahun itu maut akibat kecederaan itu.

Hari ini (23 Apr), Minah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun kerana membunuh Cik Tay, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatannya yang mengakibatkan kematian.

Insiden itu berlaku sebulan selepas Minah mula bekerja dengan Cik Tay dan suaminya, Encik Tan Hee Seng, yang ketika kejadian tidak berada di rumah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Encik Tan menggajikan Minah untuk menjaga isterinya, yang sebelumnya pernah terjatuh dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan seharian seperti ketika sedang makan, mandi dan berjalan.

URUTAN PERISTIWA

Menurut dokumen mahkamah, Minah baru sahaja mula makan tengah hari apabila Cik Tay memanggilnya. Minah pergi ke Cik Tay tetapi wanita itu berkata beliau memanggilnya tanpa sebab.

Tidak lama kemudian, Cik Tay sekali lagi memanggil Minah dan memarahinya kerana mengambil waktu yang lama untuk makan tengah hari.

Apabila Minah hampir selesai makan, Cik Tay memanggilnya untuk kali ketiga, dan sekali lagi mengadu tentang masa yang lama yang diambil Minah untuk selesai makan tengah hari.

Mereka mula bergaduh selepas itu.

Minah sedang membasuh pinggan ketika Cik Tay memanggilnya buat kali keempat. Ini membuat Minah berasa berang. Menurut dokumen mahkamah, Minah mengambil pisau daripada laci dapur supaya Cik Tay berhenti bercakap.

Minah memberitahu mahkamah bahawa Cik Tay masih terpekik-pekik dan berleter meskipun dia menghampirinya dengan memegang pisau itu. Apabila Cik Tay ternampak pisau itu, beliau memberitahu pembantu rumahnya bahawa beliau tidak takut dengannya.

MINAH JADI SEMAKIN MARAH

Mereka terus bertengkar sehingga Minah berada pada jarak dekat dengan Cik Tay. Beliau memegang pisau dekat dengan bahagian tekak Cik Tay. Beliau cuba menolak pisau itu, namun beliau gagal dan Minah akhirnya menikamnya.

Selepas menikam Cik Tay, Minah membasuh tangannya untuk menghilangkan kesan darah lalu menelefon anak perempuan Cik Tay.

Seorang jiran ternampak Minah menangis dan gelisah di ruang tamu mereka. Beliau juga terdengar Minah meminta pertolongan. Ketika jirannya ternampak Cik Tay dengan sebilah pisau yang menembusi tekaknya, beliau menelefon polis.

Minah kemudian memberitahu polis bahawa dia menemui Cik Tay dalam keadaan sedemikian.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan