Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Miliki hampir 6kg heroin, ganja di Pusat Pemeriksaan Tuas, warga M'sia ditahan

Seorang rakyat Malaysia yang memegang permit kerja Singapura ditemui memiliki hampir enam kilogram ganja dan heroin di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Anggaran Waktu Membaca:
Miliki hampir 6kg heroin, ganja di Pusat Pemeriksaan Tuas, warga M'sia ditahan

Dadah yang dirampas. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 06:33PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 06:36PM

SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia yang memegang permit kerja Singapura ditemui memiliki hampir enam kilogram ganja dan heroin di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Lelaki yang menunggang motosikal berdaftar di Malaysia itu diarahkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut setibanya beliau di pusat tersebut pada sekitar 7.35 pagi semalam (25 Jul). Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan bersamanya hari ini (26 Jul).

Para pegawai menemukan heroin seberat 912 gram di bawah tempat duduk motosikal dan sekitar 986 gram ganja di bakul depan kenderaan.

3.98 kilogram ganja turut diikat pada beberapa bahagian tubuh suspek, menurut kenyataan itu.

Jumlah ganja yang dirampas cukup untuk memenuhi permintaan bagi 430 penagih dadah selama seminggu, sementara 912 gram heroin mencukupi bagi 700 penagih bagi tempoh yang sama.

CNB masih menjalankan siasatan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan