Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHA: Tiada rekod Kevin Kwan masuk S'pura sejak 2000

Kevin Kwan, penulis Crazy Rich Asians, tidak memasuki Singapura sejak 2000, berdasarkan "butiran peribadinya" seperti nama dan tarikh lahir.

Anggaran Waktu Membaca:
MHA: Tiada rekod Kevin Kwan masuk S'pura sejak 2000

Penulis Singapura Kevin Kwan dalam wawancara di Hong Kong pada 25 Ogos 2017. (Gambar: Vincent Yu/AP)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 08:35AM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 08:38AM

SINGAPURA: Kevin Kwan, penulis Crazy Rich Asians, tidak memasuki Singapura sejak 2000, berdasarkan "butiran peribadinya" seperti nama dan tarikh lahir.

Ini menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Selesa (28 Ogos).

Kontroversi tercetus selepas dilaporkan pada Rabu lalu (22 Ogos) bahawa Kwan, anak kelahiran Singapura, yang novelnya diadaptasikan menjadi sebuah filem pecah panggung, tidak melaksanakan kewajipan menjalani Perkhidmatan Negara (NS) selepas gagal untuk mendaftarkan diri bagi NS pada 1990.

Encik Kwan turut membayangkan dalam wawancara-wawancara media bahawa beliau kadang-kala kembali ke Singapura.

"Kami boleh mengesahkan bahawa tiada rekod beliau memasuki Singapura sejak 2000, berdasarkan butiran peribadinya (seperti nama dan tarikh lahir)," menurut MHA.

"Rekod perjalanan sebelum 2000 sudah diarkibkan dalam mikrofilem, ia memerlukan pencarian rekodnya secara manual bagi memastikan jika beliau pernah memasuki Singapura sebelum tahun 2000."

Menurut laporan, Encik Kwan menetap di Singapura sehingga beliau berusia 11 tahun sebelum berhijrah ke Houston, Texas. Beliau kini memegang kerakyatan Amerika. Namun, MHA menyatakan bahawa Encik Kwan masih lagi warga Singapura kerana ia menolak permohonan-permohonannya sebelum ini untuk melepaskan kerakyatan Singapura.

Singapura tidak membenarkan seseorang untuk memegang dua kerakyatan.

"Singapura sebuah negara yang kecil. Ia penting bagi memastikan rakyat kami benar-benar komited untuk bersama-sama membina masa depan di sini," menurut kementerian itu.

Membenarkan seseorang memegang dua kerakyatan akan "menjejas" komitmen ini, tambah MHA.

"Memandangkan Kevin Kwan belum lagi melaksanakan tanggungjawabnya dalam Perkhidmatan Negara, permohonannya untuk melepaskan kerakyatan Singapura ditolak, dan Pemerintah belum lagi menyekat kerakyatannya," kata seorang jurucakap dari MHA.

"Kwan kekal sebagai seorang rakyat Singapura yang dikehendaki kerana tidak melaksanakan kewajipan Perkhidmatan Negara, dan akan diberkas jika beliau memasuki Singapura."

Encik Kwan, seorang penerbit eksekutif bagi filem tersebut, boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun kerana tidak melaksanakan kewajipan NS. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan