Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHA: Jurutera IT radikal ditahan di bawah ISA

Lelaki rakyat Singapura berusia 33 tahun, yang juga seorang jurutera Teknologi Maklumat, ditahan pada Ogos di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini (12 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2018 05:07PM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 09:10PM

SINGAPURA: Lelaki rakyat Singapura berusia 33 tahun, yang juga seorang jurutera Teknologi Maklumat, ditahan pada Ogos di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini (12 Sep).

Siasatan menunjukkan bahawa Ahmed Hussein Abdul Kadir s/o Sheik Uduman menjadi radikal dan mahu bertempur di Syria bagi menyokong kumpulan ISIS.

Ahmed mula menjadi radikal pada 2013 selepas mendapatkan bahan-bahan di Internet untuk mendalami pengetahuan agama.

Antara lain, Ahmed mengikuti syarahan-syarahan yang berpaksikan ideologi radikal, seperti yang dipegang anggota Al-Qaeda, mendiang Anwar al-Awlaki dan beberapa orang lain yang sudah diberkas kerana cuba menghasut keganasan atau menyokong pengganasan, menurut MHA.

Ahmed mula percaya perlunya menggunakan keganasan atas nama agama. Pada hujung 2016, dia bertekad untuk berjuang bagi ISIS di Syria dan Iraq.

MHA selanjutnya menyatakan bahawa Ahmed kerap menghubungi para individu yang menyokong ISIS melalui media sosial untuk mengikuti perkembangan-perkembangan ISIS. Ahmed juga cuba mempengaruhi kenalannya di luar negara melalui wadah online, supaya mengikuti ajaran ideologi radikal kerana ingin mereka menyokong ISIS.

Dalam pada itu, Arahan Tahanan terhadap Munavar Baig Amina Begam, 39 tahun, digantung pada Julai tahun ini, tambah MHA.

Amina ditahan pada November 2017 kerana menyokong ISIS dan meluahkan hasrat untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas itu.

Amina dibebaskan daripada tahanan, selepas dinilai tidak lagi dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara yang memerlukannya diletakkan dalam tahanan pencegahan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan