Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA nasihat rakyat S'pura elak melancong ke Maldives

Rakyat Singapura digesa untuk mengelak daripada melancong ke Maldives jika tidak perlu selepas satu keadaan darurat diisytiharkan ke atas negara tersebut. Nasihat perjalanan itu dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu makluman hari ini (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
MFA nasihat rakyat S'pura elak melancong ke Maldives

(Gambar hiasan: ROBERTO SCHMIDT/AFP)

Diterbitkan : 07 Feb 2018 06:12PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 06:17PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura digesa untuk mengelak daripada melancong ke Maldives jika tidak perlu selepas satu keadaan darurat diisytiharkan ke atas negara tersebut. Nasihat perjalanan itu dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu makluman hari ini (7 Feb).

Keadaan darurat sepanjang 15 hari diisytiharkan di destinasi pelancong popular itu selepas tentera bersenjata mencerobohi mahkamah tertinggi negara itu dan bekas presiden Maumoon Abdul Gayoom ditangkap Isnin lalu (5 Feb).

"Memandangkan keadaan yang tidak tentu di Maldives, rakyat Singapura dinasihati agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Maldives sehingga keadaan kembali stabil," demikian nasihat MFA.

"Singapura tidak mempunyai wakil diplomatik di Maldives lantas terbatas dalam keupayaannya memberi bantuan konsular dalam sebuah kecemasan."

Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang sudah berada di Maldives "sangat-sangat dinasihati supaya berjaga-jaga dan mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan mereka sendiri, termasuk memantau perkembangan berita dengan teliti dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan".

"Anda sepatutnya mengelak daripada terbabit dalam tunjuk perasaan dan perhimpunan awam secara besar-besaran. Anda juga seharusnya membeli insurans perjalanan yang menyeluruh dan memahami terma dan syarat-syaratnya," menurut MFA.

MFA selanjutnya menasihati rakyat Singapura supaya berdaftar secara online di laman MFA https://eregister.mfa.gov.sg sekiranya mereka ingin dihubungi jika diperlukan.

Selain itu, MFA turut menasihati rakyat Singapura untuk menghubungi keluarga dan teman-teman mereka di sini.

Mereka di Maldives yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pejabat MFA di:

Pejabat Kementerian Ehwal Luar (24 jam)
Tanglin, Singapura 248163
Telefon: +65 6379 8800 / 8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan