Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA: Keadaan Gunung Agung masih tidak menentu, tangguhkan lawatan ke Bali

Rakyat Singapura dinasihati supaya menangguhkan lawatan ke Bali memandangkan keadaan di Gunung Agung kekal tidak menentu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (4 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
MFA: Keadaan Gunung Agung masih tidak menentu, tangguhkan lawatan ke Bali

Para pegawai MFA dikerahkan ke lapangan terbang Bali. (Gambar: Facebook/Kedutaan Singapura di Jakarta)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 01:50PM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 02:14PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dinasihati supaya menangguhkan lawatan ke Bali memandangkan keadaan di Gunung Agung kekal tidak menentu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (4 Dis).

"Pihak Indonesia masih menetapkan tahap amaran tertinggi bagi Gunung Agung," menurut jurucakap MFA dalam kenyataannya.

"Abu gunung berapi boleh menyebabkan lapangan terbang ditutup lagi dan menjejas penerbangan pada bila-bila masa terdekat. Kami terus menasihati rakyat Singapura untuk menangguhkan rancangan bercuti ke Bali sehingga keadaan semakin baik."

Ribuan penumpang termasuk rakyat Singapura terkandas di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali susulan letusan gunung berapi Gunung Agung pada minggu lalu.

Penerbangan disambung semula setelah arah tiupan angin berubah.

Pasukan bertindak krisis MFA dikerahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Ngurah Rai sejak 27 November lalu. Menurutnya ia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Singapura yang terjejas.

"Syarikat penerbangan sudah menambah penerbangan sejak lapangan terbang dibuka semula pada 29 November bagi membantu rakyat Singapura yang terkandas," menurut kenyataan tersebut.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan