Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mesyuarat G7 diadakan di tengah-tengah krisis dagang AS-China

Mesyuarat G7 bermula di bandar peranginan Biarritz di Perancis.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat G7 diadakan di tengah-tengah krisis dagang AS-China

Mesyuarat G7 bermula di Perancis. (Gambar: Christian Hartmann/ Reuters)

Diterbitkan : 25 Aug 2019 06:35PM Dikemas Kini : 25 Aug 2019 06:40PM

BIARRITZ, PERANCIS: Mesyuarat G7 bermula di bandar peranginan Biarritz di Perancis.

Mesyuarat antara pemimpin Britain, Canada, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat selalunya mesra.

Namun, sidang dua hari kali ini diadakan di tengah-tengah krisis dagangan antara Amerika-China, isu Brexit, dan kebakaran besar hutan Amazon.

Presiden Donald Trump tiba di Biarritz, selepas mengenakan levi tambahan 5 peratus ke atas barangan import China bernilai AS$550 bilion (S$763 bilion).

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan China pada barangan Amerika bernilai AS$75 bilion (S$104 bilion).

Encik Trump sebelum ini juga berkali-kali mengancam untuk mengenakan cukai pada wain Perancis sebagai respons Perancis mengenakan levi terhadap syarikat teknologi Amerika.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson juga bertembung dengan Presiden Majlis Eropah Donald Tusk sebelum mesyuarat G7 untuk membincangkan tentang Brexit.

Encik Johnson dijadual mengadakan perbincangan berasingan dengan Encik Tusk dan Encik Trump hari ini.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan