Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meski khidmat perbankan digital DBS sudah pulih; sesetengah pengguna masih hadapi kesulitan

DBS Bank pada pagi Rabu (24 Nov) menyatakan khidmat perbankan digital sudah pulih semula walaupun sesetengah pengguna masih mengalami kesulitan untuk mengakses khidmat bank itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Meski khidmat perbankan digital DBS sudah pulih; sesetengah pengguna masih hadapi kesulitan

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 24 Nov 2021 11:09AM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 11:11AM

SINGAPURA: DBS Bank pada pagi Rabu (24 Nov) menyatakan khidmat perbankan digital sudah pulih semula walaupun sesetengah pengguna masih mengalami kesulitan untuk mengakses khidmat bank itu.

Gangguan khidmat perbankan digital DBS dan POSB pulih seperti biasa pada pagi Selasa (23 Nov).

Pada sekitar pukul 8.20 pagi pada Rabu, DBS menyatakan dalam satu kemas kini di laman Facebook rasmi bahawa "kesemua khidmat perbankan digital kami sudah pulih setakat pukul 2.00 pagi hari ini".

"Sekali lagi, kami mengakui betapa seriusnya situasi ini dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami," menurut DBS.

DBS bagaimanapun tidak pula mendedahkan punca yang mencetuskan gangguan itu.

Sungguhpun demikian, masih ramai yang menulis komen di catatan kemas kini Facebook DBS dan laman pemantau Downdetector.sg untuk memaklumkan bahawa mereka masih tidak boleh mengakses khidmat perbankan digital pada pagi ini.

Pemeriksaan oleh Mediacorp menunjukkan terdapat beberapa isu yang dialami semasa cuba log masuk ke dalam khidmat perbankan digital DBS menggunakan telefon bimbit dan komputer riba, dengan pemberitahuan ralat menyatakan bahawa khidmat-khidmatnya masih belum lagi boleh digunakan.

Downdetector menunjukkan aduan mengenai gangguan pada khidmat perbankan digital DBS berkurangan pada kira-kira pukul 2.00 pagi namun ia naik semula pada sekitar pukul 6.00 pagi tadi.

Mediacorp sudah menghubungi DBS untuk mendapatkan komen.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan