Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meski ekonomi S'pura berdepan cabaran, masih banyak peluang boleh dimanfaatkan, kata Chan Chun Sing

Singapura perlu mempunyai peraturan-peraturan dan sistem kawal selia yang bijak dan pantas bertindak bagi memastikan daya inovasi dapat terus dirangsang dan berdaya maju.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Oct 2018 01:15PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 10:00PM

SINGAPURA: Singapura perlu mempunyai peraturan-peraturan dan sistem kawal selia yang bijak dan pantas bertindak bagi memastikan daya inovasi dapat terus dirangsang dan berdaya maju.

Ia adalah sebahagian daripada lapan strategi kritikal yang digariskan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing untuk menjamin masa depan negara.

Encik Chan berkata demikian semasa berucap di Forum Dasar Ekonomi Singapura ke-11.

Menurut Encik Chan, pemerintah sedang melakar rangka kawal selia dan makmal-makmal hidup bagi membantu syarikat-syarikat menguji khidmat dan produk-produk baru sebelum memasarkannya.

Beliau turut berkata bahawa pemerintah juga perlu membantu firma-firma memahami peraturan negara-negara lain supaya mereka dapat menembusi pasaran-pasaran tersebut dan meneroka peluang-peluang baru.

"Lazimnya, jika anda mempunyai undang-undang, anda tidak dapat bertindak pantas dan sekiranya anda ingin menjadi tangkas, anda tidak boleh mempunyai peraturan. Tidak. Jawapan saya ialah untuk memanfaatkan kedua-dua idea yang bertentangan ini. Lihat saja pada sektor FinTech, apabila Fintech muncul - patutkah ia dikawal oleh MAS kerana kewangannya, atau patutkah ia dikawal oleh MCI disebabkan teknologinya? Ia tidak penting, ia dikawal oleh sistem Singapura dan sistem Singapura mesti pantas untuk melakar peraturan baru yang bukan saja bercorak defensif bagi mengelak perkara-perkara yang buruk daripada berlaku tetapi juga untuk mewujudkan peraturan yang membolehkan perkara-perkara yang baik berlaku," kata Encik Chan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan