Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mesej tentang pelajar dijangkiti COVID-19 kunjung kelab malam 'tidak sahih', menurut Zouk

Mesej yang tersebar di media sosial mendakwa seorang pelajar yang dijangkiti COVID-19 mengunjungi Zouk 'tidak sahih', kata seorang jurucakap kelab malam tersebut pada Rabu (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Mesej tentang pelajar dijangkiti COVID-19 kunjung kelab malam 'tidak sahih', menurut Zouk

Kawasan luar Zouk (Gambar: Winnie Goh)

Diterbitkan : 25 Mar 2020 07:18PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 07:29PM

SINGAPURA: Mesej yang tersebar di media sosial mendakwa seorang pelajar yang dijangkiti COVID-19 mengunjungi Zouk 'tidak sahih', kata seorang jurucakap kelab malam tersebut pada Rabu (25 Mac).

"Mesej yang tersebar mengenai seorang pelajar yang positif COVID-19 di premis kami pada hujung minggu adalah tidak sahih," kata jurucakap itu.

Kelab itu dan para kakitangannya tidak dikenakan arahan kuarantin mahupun sebarang notis dari pihak berkuasa kesihatan dan pemerintah berhubung insiden sedemikian, menurut jurucakap itu.

"Kami sudah merujuk isu itu kepada Kementerian Kesihatan (MOH), (pejabat) Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF)."

Satu mesej disebarkan menerusi WhatsApp mendakwa seorang penuntut Universiti Nasional Singapura melanggar notis jangan keluar rumah untuk ke Zouk setelah kembali dari program pertukaran luar negara.

Mesej itu menambah bahawa pelajar itu diuji positif bagi COVID-19 pada keesokan harinya dan "seluruh seksyen di Zouk" dikuarantin.

"Kami memohon kerjasama anda agar tidak terlibat menyebarkan mesej ini sedang kami menyiasat lebih lanjut," menurut Zouk dalam satu catatan Facebook.

Singapura mengesahkan 49 kes baru COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus korona itu di negara ini sebanyak 558.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan