Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menyusur Kenangan: NDP 2021 kali terakhir di Pentas Terapung @ Marina Bay

BERITAmediacorp imbas kembali kali pertama NDP berlangsung di Pentas Terapung @ Marina Bay 14 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2021 07:20PM Dikemas Kini : 15 Aug 2021 12:18AM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini adalah kali terakhir diadakan di Pentas Terapung @ Marina Bay.

Pentas itu akan menjalani kerja-kerja binaan untuk dijadikan Dataran NS (Perkhidmatan Negara) yang dijadual siap pada 2025.

Sebanyak 10 NDP telah diadakan di pentas itu.

BERITAmediacorp imbas kembali kali pertama NDP berlangsung di sana 14 tahun lalu.

Kali pertama NDP diadakan di Pentas Terapung @ Marina Bay adalah pada 2007.

Meskipun tujuan asal Pentas Terapung adalah sebagai huraian sementara bagi projek pembangunan semula Stadium Negara, tempat itu menyediakan peluang terbaik untuk menyemarakkan persembahan NDP selain menjadi pentas terapung terbesar di dunia.

Pentas Terapung itu adalah idea pengerusi jawatankuasa penganjur NDP tahun 2007, Brigedier Jeneral (Bersara), Teo Jing Siong.

Kini, Pentas tersebut amat dekat dengan hati rakyat Singapura.

Pelbagai persembahan hebat dapat diadakan di kawasan itu seperti persembahan cahaya dron, perarakan pameran terapung di Sungai Singapura dan pertunjukan bunga api dengan latar belakang bangunan-bangunan pencakar langit.

Namun untuk beberapa tahun akan datang, Pentas Terapung @ Marina Bay akan menjadi sunyi apabila tiba bulan Ogos.

Ia akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Dataran NS yang dijadualkan siap pada 2025.

Dataran itu sebagai mengiktiraf pengorbanan anggota NS, justeru ruang baru itu bakal dijadikan tumpuan utama kawasan bandar serta menganjurkan edisi NDP masa depan.

Lantaran itu, mungkin kurang tepat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Pentas Terapung Marina Bay tetapi lebih wajar dilihat sebagai penantian lagi empat tahun bagi kemunculan semula sebuah ikon negara yang diperbaharui.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan