Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menyeberang jalan ala Shibuya di Jepun akan diuji di simpang Cairnhill, Orchard Road

Dalam musim perayaan ini, para pembeli di Orchard Road akan dapat ke pusat beli-belah kegemaran mereka dengan lebih cepat dan mudah.

Anggaran Waktu Membaca:
Menyeberang jalan ala Shibuya di Jepun akan diuji di simpang Cairnhill, Orchard Road

Para pengunjung di Orchard Road. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 25 Nov 2017 12:05AM Dikemas Kini : 25 Nov 2017 12:14AM

SINGAPURA: Dalam musim perayaan ini, para pembeli di Orchard Road akan dapat ke pusat beli-belah kegemaran mereka dengan lebih cepat dan mudah.

Persimpangan berbilang hala seperti lintasan Shibuya yang sibuk di Tokyo, di Jepun, akan diperkenalkan di persimpangan antara Cairnhill Road dan Orchard Road.

Persimpangan itu akan diuji sepanjang hujung minggu dan cuti umum dari 16 Disember hingga 28 Januari, yang membolehkan pejalan kaki menyeberangi persimpangan dari pelbagai arah.

"Ia akan membolehkan pejalan kaki mengakses tempat tujuan mereka tanpa perlu menunggu lampu isyarat kedua," kata pengerusi Persatuan Perniagaan Orchard Road (ORBA), Mark Shaw hari ini (24 Nov).

Dengan lebih 120 juta pengunjung setiap tahun, Encik Shaw berkata "duta dari pelbagai agensi" akan membantu dalam kemudahan tersebut.

Lampu trafik dan masa "lampu hijau" juga akan diubah suai, kata Encik Shaw, walaupun beliau mengajukan agar para wartawan meminta butiran lanjut dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

"Musim perayaan akhir tahun adalah masa yang tepat untuk menguji lintasan ini kerana ia akan memberi pejalan kaki akses yang lebih baik," kata Encik Shaw.

Inisiatif ini diperkenalkan di tengah-tengah usaha ORBA untuk meningkatkan daya tarikan Orchard Road, dengan langkah-langkah termasuk 'Christmas Village' dan pesta Krismas.

"Konsepnya datang dari ORBA dan pihak-pihak lain di Orchard Road sebagai salah satu daripada banyak cara untuk meningkatkan kesambungan, menjadikannya mudah bagi orang ramai untuk bergerak dan melihat keindahan di sepanjang Orchard Road," kata Encik Shaw.

Walaupun beliau akui bahawa langkah-langkah seperti menutup jalan-jalan Orchard Road akan menyebabkan kesesakan buat sementara waktu, beliau berkata bahawa matlamat jangka panjang ORBA adalah untuk menjadikan Orchard Road lebih mesra bagi pejalan kaki.

"Ini satu percubaan, jadi kami berharap dapat melihat data dan melaksanakannya pada lebih banyak persimpangan," tambah Encik Shaw.

Lintasan seperti itu pernah diuji di Orchard Road oleh Lembaga Pelancongan Singapura selama enam bulan pada bulan Disember 2006. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan