Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen akan hadiri Forum Xiangshan, Sukan Tentera Dunia di China

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen akan berada di China mulai hari ini (17 Okt) hingga Selasa depan, di mana beliau akan memberi ucapan di Forum Beijing Xiangshan dan menghadiri Sukan Tentera Dunia di Wuhan.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pertahanan Ng Eng Hen akan hadiri Forum Xiangshan, Sukan Tentera Dunia di China

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 17 Oct 2019 07:14PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 07:18PM

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Ng Eng Hen akan berada di China mulai hari ini (17 Okt) hingga Selasa depan, di mana beliau akan memberi ucapan di Forum Beijing Xiangshan dan menghadiri Sukan Tentera Dunia di Wuhan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini (17 Okt), Dr Ng akan menghadiri majlis perasmian Sukan Tentera Dunia ke-7 di Wuhan esok (18 Okt).

Sukan Tentera Dunia adalah acara berbilang sukan yang diadakan setiap empat tahun sejak 1995.

Temasya itu yang juga menampilkan kategori-kategori bercirikan ketenteraan seperti bidang aeronautik, bersenjata dan tentera laut akan menjadi tuan rumah kepada 10,000 atlit, jurulatih, kakitangan perubatan dan para pegawai daripada lebih 100 negara.

Selain acara Sukan itu, Dr Ng juga akan menyampaikan ucapan mengenai Kepentingan Negara-Negara Kecil Dan Sederhana dan Keselamatan Bersama di sesi pleno Forum Beijing Xiangshan pada 22 Oktober.

Forum tahunan itu yang serupa dengan Dialog Shangri-La di Singapura, menghimpunkan pemimpin kanan pertahanan dan hal ehwal luar daripada merata dunia untuk membincangkan pelbagai isu keselamatan.

Sebagai sebahagiaan daripada lawatannya itu, Dr Ng akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin China di Beijing, termasuk Menteri Pertahanan Wei Fenghe.

"Lawatan Dr Ng mencerminkan sokongan Singapura terhadap usaha pelibatan serantau China dan menekankan lagi hubungan pertahanan dua hala yang baik dan mesra antara kedua-dua negara yang semakin mendalam selama beberapa tahun kebelakangan ini," menurut MINDEF dalam kenyataan itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan