Menteri Pertahanan lahir penghargaan bagi para peserta NDP
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen memuji usaha dan pengorbanan yang diberikan oleh para peserta di Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.
SINGAPURA: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen memuji usaha dan pengorbanan yang diberikan oleh para peserta di Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.
Dr Ng memberikan komen tersebut setelah mengunjungi beberapa peserta di bangunan Pit F1 di luar acara pranonton NDP tadi (28 Jul).
Beliau akui, sepanjang persiapan sempena Perbarisan Hari Kebangsaan selama empat bulan, para peserta perlu banyak berkorban dan perlu mengharungi banyak cabaran. Ini, kata beliau, dilalui para peserta setiap tahun.
"Setiap kali saya bertemu dengan para peserta ini, saya teruja dengan semangat dan pengorbanan yang mereka letakkan terhadap persiapan ini. Ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa untuk Singapura, jadi ia sangat mengharukan," kata Dr Ng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.