Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Bangkok bagi mesyuarat tahunan pertahanan ASEAN

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen kini berada di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Retreat Mesyuarat tahunan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan mesyuarat ADMM-Plus ke-6 yang bermula hari ini (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Bangkok bagi mesyuarat tahunan pertahanan ASEAN

Gambar fail Menteri Pertahanan Ng Eng Hen (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 16 Nov 2019 10:19PM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 10:21PM

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen kini berada di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Retreat Mesyuarat tahunan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan mesyuarat ADMM-Plus ke-6 yang bermula hari ini (16 Nov).

Mesyuarat tiga hari itu melibatkan para pegawai pertahanan dari ASEAN dan negara-negara lain termasuk China, Rusia dan Amerika Syarikat.

Turut mengambil bahagian adalah peserta dari Australia, India, Jepun, New Zealand, dan Republik Korea.

Dr Ng dijangka menghadiri tiga mesyuarat tidak rasmi antara ASEAN dan China, Jepun serta Amerika Syarikat.

Beliau juga dijadual mengadakan beberapa perbincangan dua hala di luar mesyuarat tersebut.

Dr Ng diiringi Setiausaha Tetap bagi Pertahanan Encik Chan Yeng Kit dan beberapa pegawai lain MINDEF/SAF. 

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan