Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Pertahanan beri amaran kepada kapal M'sia supaya tinggalkan perairan S'pura

Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, memberi peringatan tegas kepada kapal-kapal kerajaan Malaysia supaya meninggalkan perairan Singapura berdekatan Tuas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 09:19PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 10:25PM

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, memberi peringatan tegas kepada kapal-kapal kerajaan Malaysia supaya meninggalkan perairan Singapura berdekatan Tuas.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas pertikaian sempadan perairan antara kedua-dua negara yang tercetus baru-baru ini.

Kapal-kapal kerajaan Malaysia sudah berulang kali menceroboh ke perairan Singapura sepanjang dua minggu lalu.

"Rakyat Singapura cintakan keamanan tetapi saya memberi peringatan tegas kepada para penceroboh supaya meninggalkan perairan Singapura," kata Dr Ng dalam catatan menerusi laman Facebooknya hari ini (7 Dis).

Beliau juga memuat naik video bertajuk 'The SAF Stands Ready' atau 'SAF Bersiap Sedia' yang menunjukkan insiden-insiden di mana kapal-kapal Malaysia menceroboh perairan Singapura sejak beberapa minggu lalu.

Sehingga semalam (6 Dis), tiga kapal kerajaan Malaysia masih lagi dikesan di perairan Singapura. Menulis di laman Facebooknya, Dr Ng menyifatkan kes itu sebagai "pencabulan serius" kedaulatan Singapura.

Menurut Dr Ng, kapal-kapal Angkatan Tentera Laut Singapura dan Pasukan Pengawal Pantai (PCG) sudah meronda perairan Singapura di Tuas "selama lebih 20 tahun".

"Tidak semena-mena, kapal-kapal kerajaan Malaysia kini mendakwa perairan-perairan ini adalah milik mereka dan terusmenerus menerobohnya sejak November," ujar Dr Ng.

Beliau menambah bahawa meskipun berdepan gangguan dan provokasi yang berterusan, pasukan keselamatan Singapura sudah bertindak dengan terkawal.

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan