Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Pendidikan gesa universiti perkukuhkan hukuman kes salah laku seksual

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata pihak universiti perlu mengukuhkan hukuman bagi kes-kes salah laku seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 May 2019 06:47PM Dikemas Kini : 07 May 2019 12:14AM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata pihak universiti perlu mengukuhkan hukuman bagi kes-kes salah laku seksual.

Semasa berucap di Parlimen pada Isnin (6 Mei), Encik Ong berkata perlu ada keseimbangan yang lebih baik antara matlamat pencegahan dan bantuan kepada mangsa dengan usaha pemulihan pesalah.

Keseimbangan matlamat tersebut, tambah Encik Ong, adalah penting bagi sebuah institusi pendidikan tetapi ia tidak harus menjurus kepada hukuman yang terlalu ringan dan tumpul. Rangka kerja disiplin pihak universiti juga, kata beliau, harus tegas tetapi adil.

Prinsip "dua kali anda akan tersingkir" tidak harus menjadi piawainya. Namun begitu, penyingkiran juga tidak harus menjadi satu piawai bagi semua jenis salah laku.

Hukuman bagi kes salah laku seksual, kata Encik Ong, harus terus setimpal dengan kesalahan tetapi perlu juga ada penyesuaian apabila ada kesalahan jenayah serius yang menggugat keselamatan kampus universiti.

Encik Ong menambah masyarakat harus memastikan pesalah pada masa depan tahu akan kesan berat akibat tindakan mereka termasuk kesannya ke atas masa depan mereka dan harus ada unsur pencegahan.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan