Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Ong Ye Kung bayangkan perubahan besar pada sistem pendidikan

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung membayangkan tentang satu perubahan besar yang akan dilakukan terhadap sistem pendidikan di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2019 08:05PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 09:12PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Ong Ye Kung membayangkan tentang satu perubahan besar yang akan dilakukan terhadap sistem pendidikan di negara ini.

Encik Ong akan mengumumkannya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan menyusuli pembentangan Belanjawan Negara pada Isnin (18 Feb). Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan menteri bertemu masyarakat siang tadi (17 Feb).

Semasa lawatan ke Divisyen Sengkang Central, Encik Ong serta beberapa menteri dan Anggota Parlimen yang menyertainya ditanya mengenai pelbagai perkara seperti Pakej Generasi Merdeka dan salah faham mengenai pengeluaran wang CPF.

Encik Ong turut memberikan bayangan tentang pengumuman utama yang akan dibuatnya selepas Belanjawan Negara dibentangkan.

Beliau berkata: "Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan, saya akan mengumumkan tunggak ketiga. Saya rasa ia merupakan tunggak yang penting.

"Saya belum boleh beritahu anda mengenainya tetapi ia merupakan usaha bertahun-tahun yang saya rasa akan meningkatkan sistem pendidikan dengan ketara."

Sebelum ini, satu inisiatif pembelajaran sepanjang hayat diumumkan dan pasukan bertindak antara agensi ditubuhkan bagi memberi sokongan kepada para pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik.

Lawatan menteri itu bermula di Kelab Masyarakat Sengkang, di mana Encik Ong berkunjung ke ruang bekerja bersama.

Setakat ini, Workspace @ Sengkang CC sudahpun dimanfaatkan oleh lebih 1,000 pekerja, usahawan dan syarikat pemula.

Encik Ong juga bertemu dan beramah mesra dengan para pelajar di Kelab Masyarakat itu. Para pelajar memberitahu Encik Ong bahawa mereka boleh belajar dengan selesa di kelab masyarakat tersebut.

Encik Ong, yang juga Pengerusi Panel Penasihat Persatuan Rakyat mengenai Lawatan Menteri Bertemu Masyarakat, berkata 30 lawatan sedemikian sudahpun dilakukan. Lagi 60 lawatan akan dilakukan menjelang pertengahan tahun depan bagi meliputi semua kawasan undi.

Format baru lawatan itu dimulakan pada Julai lalu, di mana pasukan menteri membuat lawatan di luar kawasan undi mereka.

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan