Menteri MOM Josephine Teo pimpin pasukan PAP bertarung dengan Parti Suara Rakyat di GRC Jalan Besar
Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo akan mengetuai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menentang para calon daripada Parti Suara Rakyat (PV) di GRC Jalan Besar dalam Pilihan Raya Umum pada 10 Jul.
SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo akan mengetuai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menentang para calon daripada Parti Suara Rakyat (PV) di GRC Jalan Besar dalam Pilihan Raya Umum pada 10 Jul.
Pasukan dari PAP itu terdiri daripada Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How, Datuk Bandar CDC Tengah Denise Phua dan calon baru Wan Rizal Wan Zakariah, seorang pensyarah kanan politeknik.
Borang-borang pencalonan difailkan pada Selasa (30 Jun) di Sekolah Rendah Bendemeer.
PV akan membariskan ketua parti dan peguam Lim Tean, penulis blog Leong Sze Hiang, doktor perubatan Michael Fang Amin dan juruaudit pensijilan halal Azlan Sulaiman di kawasan undi tersebut.
Jika menang dalam Pilihan Raya Umum ini, Cik Teo, mantan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, akan menjadi menteri wanita pertama yang memimpin sebuah GRC. Beliau mengambil alih GRC itu setelah mantan menteri yang memimpin Jalan Besar Dr Yaacob Ibrahim, yang pertama kali bertanding di kawasan undi tersebut pada 1997, mengundurkan diri.
Dalam Pilihan Raya Umum pada 2015 dan 2011, PAP menentang Parti Pekerja (WP), dengan PAP memperolehi 58.6 peratus undi dan 67.7 peratus undi di GRC tersebut. WP menyatakan ia tidak akan bertanding di GRC Jalan Besar pada kali ini.
Ini merupakan kali pertama PV bertanding dalam sesebuah Pilihan Raya Umum.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.