Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Masagos ucap tahniah kepada 3 AP Melayu yang naik pangkat

Menteri Masagos Zulkifli mengucapkan tahniah kepada tiga Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam yang dinaikkan pangkat dan seorang yang dijadikan penjawat politik.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Masagos ucap tahniah kepada 3 AP Melayu yang naik pangkat

Gambar fail Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

SINGAPURA: Menteri Masagos Zulkifli mengucapkan tahniah kepada tiga Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam yang dinaikkan pangkat dan seorang yang dijadikan penjawat politik.

Mereka ialah Dr Mohd Maliki Osman, Zaqy Mohamad, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Rahayu Mahzam.

Encik Masagos melahirkan ucapan tahniah itu di laman Facebooknya menyusuli pengumuman barisan Kabinet baru yang didedahkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (25 Jul).

Dengan kenaikan pangkat Dr Maliki, selaku menteri penuh, ini bermakna masyarakat Melayu/Islam kini ada dua Menteri penuh dalam kabinet PM Lee Hsien Loong - iaitu Dr Maliki dan Encik Masagos. Kedua-dua Encik Masagos dan Dr Maliki juga masing-masing memegang tiga portfolio.

Encik Masagos sendiri bakal berpindah dari jawatannya sebagai Menteri Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) ke Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga serta menjadi Menteri Kedua di Kementerian Kesihatan. Beliau bagaimanapun akan kekal sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Sementara itu, Encik Zaqy Mohamad pula kini naik pangkat menjadi Menteri Negara Kanan. Beliau akan kekal di Kementerian Tenaga Manusia dan mengambil satu portfolio baru, iaitu di Kementerian Pertahanan.

Encik Zaqy bagaimanapun akan melepaskan portfolio Kementerian Pembangunan Negara yang disandangkan sekarang ini.

Dr Muhammad Faishal Ibrahim pula dinaikkan pangkat kepada jawatan Menteri Negara dan akan dipindahkan ke dua kementerian baru, iaitu Ehwal Dalam Negeri dan Pembangunan Negara.

Dr Faishal akan melepaskan portfolio Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Pendidikan.

AP penggal kedua, Cik Rahayu Mahzam, pula akan ditugaskan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, berkuat kuasa 1 September ini. Cik Rahayu juga adalah AP wanita Melayu/Islam kedua dalam sejarah yang dilantik menjadi seorang penjawat politik, sejak Singapura merdeka pada 1965.

"Kami sudah bekerja keras sebagai sebuah pasukan untuk mempertingkat masyarakat Melayu/Islam dan saya bangga atas pencapaian para pemimpin yang berupaya dan bekerja keras ini.

"Perjalanan akan datang penuh dengan cabaran-cabaran namun saya yakin sebagai sebuah pasukan, kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan masyarakat Melayu Islam terus maju sebagai Masyarakat yang Berjaya," menurut Encik Masagos.

Dalam catatannya itu juga, Enciuk Masagos mengimbas pengalaman beliau di MEWR. Beliau berasa bangga menyaksikan MEWR berusaha bersungguh-sungguh menangani keterbatasan sumber di Singapura selain cabaran demi cabaran menerusi perancangan masa depan, kerja keras dan inovasi.

"Saya sering berseloroh bahawa keluarga MEWR menyelia makanan yang kita makan, air yang kita minum dan udara yang kita hirup. Ternyata kita adalah pengemudi sumber-sumber sedia ada di Singapura dan kita memikul tanggungjawab penting membuka laluan ke arah Singapura yang berdaya mampan," kata Encik Masagos.

Beliau menambah, dari menangani ancaman denggi hingga melindungi perdagangan penjaja, banyak perkata yang dilakukan keluarga MEWR terkait secara langsung dengan kehidupan seharian rakyat singapura.

Encik Masagos mendedahkan sepanjang bertugas di MEWR, beliau terpaksa membuat banyak keputusan sukar tetapi perlu.

Ini termasuk mengenakan cukai karbon,mengurangkan jumlah kenderaan yang mencemar sekitaran dan mengenakan denda ke atas mereka yang tidak mematuhi jarak selamat.

"Setiap keputusan perlu diteliti keseimbangannya sedang kita terus teguh melindungi kebajikan Singapura dan rakyatnya," tambah Encik Masagos.

Encik Masagos juga menambah keselamatan air juga sesuatu yang "sulit".

Lantaran itu loji penyulingan air dan NEWater dibangunkan untuk melindungi Singapura daripada mengalami gangguan dan 'kekeringan' berlarutan serta keupayan Singapura untuk membiayai loji-loji tersebut.

Encik Masagos mengucapkan terima kasih kepada pasukan-pasukan di MEWR - Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), PUB, Agensi Air Kebangsaan dan Agensi Makanan Singapura (SFA) atas kecemerlangan mereka selama ini.

"Saya yakin, Menteri Grace Fu akan memacu keluarga Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) ke tahap yang lebih tinggi lagi," kata Encik Masagos merujuk kepada nama baru bagi Kementerian Sekitaran.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan