Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Luar China Wang Yi lakukan lawatan kerja 2 hari ke S'pura

Menteri Ehwal Luar China Wang Yi akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Singapura mulai esok (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar China Wang Yi lakukan lawatan kerja 2 hari ke S'pura

Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishan dan Menteri Ehwal Luar China Wang Yi di Fujian pada 31 Mac 2021. (Gambar: MFA)

Diterbitkan : 12 Sep 2021 06:10PM Dikemas Kini : 12 Sep 2021 06:12PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar China Wang Yi akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Singapura mulai esok (13 Sep).
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Ahad (12 Sep).

Encik Wang juga akan bertemu rakan sejawatan beliau, Dr Vivian Balakrishnan, kata MFA.

Pada Mac lalu, Encik Balakrishnan mengunjungi wilayah Fujian di China di mana beliau bertemu dengan Encik Wang. Rangkaian perjalanan, pengiktirafan bersama sijil kesihatan dan keadaan di Myanmar merupakan antara isu yang dibincangkan oleh kedua-dua menteri ketika itu.

Singapura merupakan persinggahan ketiga Encik Wang dalam rangka lawatannya ke Asia Tenggara, selepas Vietnam dan Kemboja.

Beliau dijadual mengunjungi Korea Selatan iaitu tempat persinggahan terakhirnya selepas meninggal Singapura pada Selasa.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan