Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Kanan Tharman, penasihat keselamatan AS Jake Sullivan bincang krisis Myanmar, tindakan COVID-19

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan, bertemu di Washington DC pada Rabu (13 Okt) untuk membincangkan peri pentingnya kerjasama strategik kedua-dua negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kanan Tharman, penasihat keselamatan AS Jake Sullivan bincang krisis Myanmar, tindakan COVID-19

Penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan, dan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 12:56PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 12:58PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan, bertemu di Washington DC pada Rabu (13 Okt) untuk membincangkan peri pentingnya kerjasama strategik kedua-dua negara.

Kedua-dua pegawai itu membincangkan "masalah serantau yang mendesak" termasuk krisis di Myanmar dan pandemik COVID-19, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih Emily Horne dalam satu kenyataan.

"Mereka menegaskan bahawa tindakan berani diperlukan untuk menamatkan pandemik ini dan bersiap sedia untuk langkah seterusnya, bersetuju tentang pentingnya bekerjasama dengan rakan kerja untuk memperkukuh pembiayaan keselamatan kesihatan sejagat dan menubuhkan sebuah dana perantara kewangan yang baru."

Mereka juga membincangkan cabaran dunia seperti perubahan iklim, kemampuan daya tenaga serta "mengkaji peluang untuk membangunkan momentum hubungan" yang dimulakan semasa lawatan Naib Presiden AS Kamala Harris ke Singapura.

Semasa satu sidang media dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Ogos, Cik Harris menekankan lagi "komitmen keanggotaan Washington di Indo-Pasifik"

Dalam satu ucapan dasar, Cik Harris juga menyentuh tentang hubungan ekonomi antara AS dengan Asia Tenggara dan mengutuk "kempen penindasan ganas" di Myanmar.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan