Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Kanan Teo Chee Hean lakukan lawatan kerja ke Qatar, Magribi 17-23 Nov

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean sedang melakukan lawatan kerja ke Qatar dan Maghribi mulai hari ini (17 Nov) hingga Sabtu, 23 Nov.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kanan Teo Chee Hean lakukan lawatan kerja ke Qatar, Magribi 17-23 Nov

Encik Teo Chee Hean.

Diterbitkan : 17 Nov 2019 09:52PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 09:59PM

SINGAPURA: Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean sedang melakukan lawatan kerja ke Qatar dan Maghribi mulai hari ini (17 Nov) hingga Sabtu, 23 Nov.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Teo akan berada di Doha dari Ahad hingga Selasa, di mana beliau akan mengadakan perbincangan dengan para pemimpin kanan Qatar, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Negara bagi Ehwal Pertahanan Dr Khalid Bin Mohammed Al Attiyah, Menteri Perbandaran dan Kejuruteraan Sekitaran Abdullah bin Abdulaziz Bin Turki Al Subaie, Speaker Majlis Syura Ahmed Bin Abdullah Bin Zaid Al Mahmoud, dan Penasihat kepada Amir bagi Keselamatan Negara Mohammed Al Misnad.

Encik Teo juga akan menghadiri majlis perjumpaan dengan warga Singapura yang berada di Qatar.

Beliau kemudian akan ke Maghribi dari hari Rabu hingga Sabtu, di mana rombongan beliau dijadual bertemu Perdana Menteri Saad-Eddine El Othmani, Menteri Dalam Negeri Abdelouafi Laftit, Menteri Ehwal Islam Ahmed Toufiq, dan pemimpin kanan Maghribi yang lain.

Encik Teo diiringi Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, Anggota Parlimen Christopher de Souza dan Sitoh Yih Pin serta pegawai MFA, MEWR dan agensi-agensi lain.    

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan