Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong dinamakan penaung kehormat IRO

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, dinamakan sebagai penaung kehormat Pertubuhan Antara Agama (IRO).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2018 09:26PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 09:35PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, dinamakan sebagai penaung kehormat Pertubuhan Antara Agama (IRO).

Encik Goh berkata beliau berharap untuk berbakti dengan lebih banyak lagi kepada pertubuhan tersebut.

ESM Goh menambah bahawa beliau berkongsi objektif utama IRO iaitu untuk menyokong dan menegakkan keharmonian agama di Singapura.

Menurutnya, memupuk keharmonian agama di sini merupakan usaha yang penting dan perlu dijalankan secara berterusan, termasuk penglibatan aktif antara satu agama dan lainnya serta perlu saling menghormati perbezaan.

Turut hadir di majlis penerimaan Encik Goh sebagai penaung kehormat ialah pemimpin-pemimpin 10 agama termasuk mereka dari agama Islam, Hindu, Buddha, Baha'i dan Kristian.

Encik Goh dilantik menjadi penaung kehormat menggantikan mantan Presiden SR Nathan, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Majlis itu dianjurkan di pejabat IRO yang terletak di Maxwell Road.

Sumber : Agensi berita/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan