Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri 4G bertemu pada Januari, bincang isu jangka panjang

Pasukan menteri muda Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan mengadakan pertemuan pada bulan depan untuk membincangkan isu-isu jangka panjang Singapura yang perlu ditangani.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri 4G bertemu pada Januari, bincang isu jangka panjang

Menteri Kewangan Heng Swee Keat. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 03 Dec 2018 07:25PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 07:28PM

BUENOS AIRES: Pasukan menteri muda Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan mengadakan pertemuan pada bulan depan untuk membincangkan isu-isu jangka panjang Singapura yang perlu ditangani.

Demikian menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat, yang dipilih oleh barisan pemimpin politik generasi keempat itu untuk mengetuai mereka.

Menyusuli pertemuan itu, pasukan menteri muda tersebut akan mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai isu-isu yang akan mencorak masa depan negara.

"Kita mahu membina siri Perbincangan Singapura. Namun, pada masa yang sama, kita juga perlu meluangkan masa untuk meneliti teras dan isu-isu jangka panjang sebagai sebuah negara dan sebagai sebuah masyarakat, bagaimana kita menanganinya.

"Kita juga akan mengadakan perbincangan lebih mendalam dalam kalangan rakyat dalam bulan Januari ini. Selepas itu, kita akan mula sibuk dengan pembentangan belanjawan serta jawatankuasa peruntukan dan kemudian, mula membahaskannya dalam bulan April atau selepas Mei," kata Encik Heng. 

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan